iL Puro naturatherapy
Friday 1 March 2013
Monday 18 February 2013
Mengapa perlu menggunakan Sabun Natural??
Saya telah menggunakan Sabun natural sejak 6 bulan yang lepas dan banyak kelebihan yang saya dapati dari menggunakan Sabun natural. Kelebihannya ialah saya tidak perlu menggunakan losyen atau pelembab badan sekerap sebelum ini kerana kulit saya tidak lagi kering dan kusam. Paling ketara ialah kulit menjadi lebih lembut dan kurangnya garis-garis penuaan.
Mengapa kulit saya secara semulajadinya jadi lembut dan tidak kering?
Sebelum ini saya gunakan mandian komersial yang penuh dengan Detergant (bahan pencuci) dan juga Surfactant (bahan bukan semulajadi yang diperolehi dari proses kimia bukan semulajadi yang memberikan buih), Pewangi sintetik dan banyak lagi bahan sintetik yang diperolehi dari proses kimia bukan semulajadi. Saya percaya ramai dari kalangan anda sukakan mandian berbuih dan wangi. Percayalah bahawa buih-buih dan wangian tersebutlah yang memudaratkan badan kita untuk jangka masa panjang.
Saya menggunakan mandian komersial bermula dari mandian ekonomi kepada mandian mewah. Mandian bertukar mengikut peningkatan ekonomi serta kesedaran tentang keselamatan penjagaan badan dan mandian :). Bermula beberapa tahun yang lepas saya mula menggunakan produk The Body Shop. Umum mengetahui yang The Body Shop melabelkan produk mereka sebagai produk natural
Tidak berpuas hati dengan The Body Shop saya bertukar kepada Crabtree and Evelyn lebih kurang 2 tahun yang lepas. Ini kerana Crabtree & Evelyn mendakwa mereka menggunakan lebih dari 160 jenis bahan botanikal semulajadi di dalam produk mereka.
Tetapi masih tidak puas hati dengan hasil produk tersebut kerana saya tidak tahu apa bahan yang digunakan dan adakah ia selamat untuk kulit saya lalu bermula setahun lepas saya bertukar kepada produk penjagaan badan dari Paris iaitu L'OCCITANE yang berteraskan bahan natural dan aromaterapi serta pembuatan tradisional.
Saya sukakan L'OCCITANE kerana mengandungi bahan natural pelembab dari Sweet Almond Oil dan juga Shea Butter dengan pewangi dari aromaterapi Essential Oil tetapi agak mahal. Saya mendapat idea untuk membuat sendiri sabun natural dari konsep produk l'occitane tetapi lebih ekonomi dan lagi bagus untuk kulit saya kerana saya boleh meletakkan sebanyak mana bahan natural yang saya mahu.
Saya mula membuat dan menggunakan Sabun natural sejak 6 bulan yang lepas. Sabun natural yang hanya saya hasilkan dengan menggunakan lemak sayuran seperti Extra Virgin Olive Oil, Shea
Butter, Minyak kelapa, Sweet Almond Oil dan Argan Oil di dalamnya dan hanya mengandungi pewangi dari natural Essential oil seperti Lavender, Rosemary, Grapefruit dan Ylang Ylang. Lemak dari minyak-minyak ini mengandungi nutrient yang diperlukan untuk menjadikan kulit saya sihat dan bermaya. Ia juga kaya dengan kandungan pelembab. Minyak-minyak inilah antara minyak utama di dalam produk L'OCCITANE tetapi saya letakkan minyak-minyak ini dalam kuantiti yang tinggi kerana inginkan kemewahan pelembab semulajadi pada kulit saya. Sudah tentunya Sabun natural saya tidak semahal Sabun L'OCCITANE kerana jenama saya hanyalah iL-Puro dan bukannya L'OCCITANE :)
Perbezaan antara Sabun Komersial dan Sabun Natural
Oleh kerana Sabun natural ini tidak mengandungi bahan sintetik seperti di atas, Sabun natural ini mengekalkan lapisan minyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh badan kita. Lapisan minyak inilah yang melindungi badan kita dari jangkitan yang disebabkan bakteria serta bahan kotoran dan juga melindungi dari kesan matahari dan juga alam sekeliling. Disebabkan Sabun komersial tidak mengandungi kandungan pelembapan yang diperlukan oleh kulit, ia gagal untuk mengekalkan kelembapan kulit kita malahan tambah mengeringkan.
Sebaliknya, Sabun natural mengandungi glycerin (bahan lembapan) yang diperolehi secara natural dari minyak sayuran yang mengekalkan kelembapan kulit sekaligus melindungi kulit.
Pentingnya Kulit pada badan kira.
Kulit adalah organ terbesar pada badan dan melindungi badan dari panas dan sejuk. Kulit adalah penghalang jangkitan bakteria dan mengekalkan air. Kulit juga kadangkala dipanggil buah pinggang kecil kerana ia membantu membuang toksin dari sistem dan membersihkan sistem limfa. Jika kulit dihujani dengan bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam Sabun komersial sudah tentu kulit tidak dapat menjalankan tugas melindungi kita dengan baik, tambahan pula dengan pencemaran alam yang begitu tinggi kini.
Oleh itu, jagalah kulit dengan sebetulnya dan bertukarlah kepada Sabun natural dan saya jamin kulit anda akan menjadi lebih mulus dan lembut serta awet muda...dan sudah tentu mengurangkan risiko ancaman kanser :))
Saturday 9 February 2013
Rawatan atau Krim untuk Eczema atau ruam pada badan.
Merawat Eczema dengan ARGAN SHEA BODY BUTTER by iL Puro
Apakah itu Eczema?
Terlalu banyak keadaan yang termasuk di dalam masalah eczema tetapi secara umumnya boleh dikatakan Eczema adalah satu radang yang kronik yang menyebabkan kegatalan kepada kulit yang mungkin akibat tindakbalas alergik ataupun asma. Eczema biasanya terjadi pada golongan kanak-kanak .
Apakah yang menyebabkan Eczema?
Tidak diketahui apakah punca sebenar yang menyebabkan Eczema tetapi stress, penyakit, irritasi dan suhu yang panas boleh menyebabkan Eczema ini menjadi lebih teruk. Pengkaji berpendapat bahawa Eczema mungkin disebabkan oleh satu kombinasi faktor keturunan dan juga keadaan alam sekeliling.
Tanda dan Simptom Eczema:
Eczema biasanya muncul pada kanak-kanak sebagai bonjolan atau ruam yang gatal yang biasanya pada tangan, kaki, leher, belakang, belakang lutut atau pada pelipat lengan. Bagi orang dewasa pula, Eczema boleh terdapat pada semua bahagian badan dan muka yang mana lama kelamaan ruam-ruam tersebut akan berkeping dan seterusnya boleh menjadi tebal dan tompok bersisik.
Rawatan bagi Eczema:
Kita boleh merawat dan mengawal Eczema dengam memakai pakaian dari material kapas dan juga mengunakan krim pelembab pada badan terutama bahagian yang terdapatnya simptom Eczema. Rawatan klinikal seperti krim yang disyorkan dari pengamal perubatan juga boleh digunakan tetapi kebanyakannya mengandungi bahan bukan natural dan juga Steroid.
Shea Butter bagi merawat Eczema
Shea butter adalah amazing untuk kulit yang kering dan amat berkesan untuk merawat masalah Eczema ini. Antara properties Shea Butter adalah:
- Shea butter mengandungi vitamins A, E and F yang membantu merawat kulit kering, merekah dan yang mempunyai radang. Kulit akan menjadi lebih sensitif apabila terdedah kepada sinaran UV. Steroid mungkin menyebabkan kulit menjadi lebih nipis dan akan lebih terdedah kepada sinaran UV matahari. Sebaliknya Shea Butter adalah melindungi kulit dari sinaran UV
- Shea Butter mengandungi kandungan anti radang dan bertindak sebagai pelindung daripada irritasi seperti alergik dan juga habuk untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif
ARGAN SHEA BODY BUTTER by iL Puro
Argan Shea Body Butter by iL Puro adalah krim yang diformulakan dari 99.5% bahan-bahan natural serta 0.5% bukan natural yang merupakan pengawet (Optiphen Plus). Pengawet adalah penting bagi menghindari kulat yang boleh memudaratkan. Satu kelebihannya lagi ialah Argan Shea Body Butter ini adalah 87.5% ORGANIK dan mengandungi kandungan Shea Butter yang tinggi serta bonus dengan kehadiran Argan Oil yang terbaik untuk kulit.
Argan Shea Body Butter by iL Puro ini adalah HOMEMADE yang dijamin mutu dan keselamatannya kerana hanya mengandungi bahan-bahan natural semulajadi dan pengawet yang dibenarkan. Imej tangan sebelum dan selepas di atas adalah milik kenalan rapat kami yang mempunyai masalah Eczema yang serius yang berjaya dikawal dan dirawat dengan pemakaian Argan Shea Body Butter by iL Puro ini.
Bagi mereka yang ingin mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Argan Shea Body Butter yang dikeluarkan oleh iL Puro ini serta produk-produk natural untuk badan yang lain bolehlah berkunjung ke laman Facebook
Facebook/page/Argan Oil by iL Puro
SMS/whatapps: +60166609492
Friday 28 September 2012
My Body is Aging :(
We are getting older and no one
can deny it. People say age is just a number and I am agreed with that though something
inside me freaking out a little bit (actually more than a little bit) when I get
birthday wishes on my Facebook wall every year.
I smile, laugh and enjoy every
minute of my life and I could tell to everyone that I’m young at heart but my
slowly sagging face and skin definitely do not know how to lie. And another matter
is underneath my skin; my flesh, my bones my organ and they are aging too. But what can I do then, this aging is not
inevitable as we are programmed to be older. In the next few years I may have
to change my eyeglasses to multifocal eyeglasses, and to be more discipline on
my daily milk intake against decreasing calcium in my bones. This is normal and
I cannot stop and prevent this normal aging.
But what I can stop and prevent is
accidental aging. Aging due to my body and cells damaged by overuse and abuse
caused by diet, toxin and bacteria, by excess consumption of fat, sugar, caffeine,
alcohol, nicotine, by the UV rays of the sun and by many other physical and
emotional stresses.
And this accidental aging is
increasing, and more to our worry is that now days it is increased among young
people. We hear from our friends or news about a young man age 30 years old
died due to heart attack. A woman age 40 was diagnosed with breast cancer or another
man age 35 was admitted to hospital due to lung cancer. What can we do to stop
all these disease? That 30 years old man still young, he supposed to have a strong
immune system to resist attack against his organ, strong cells to repair damage
to his organ but his body failed due to this accidental aging.
I do not wish to go further as
this health issue has become every day talk and a never ending story. But now
what I want to do is to declare war on this aging (have started slowly long
time ago). Definitely war on this accidental aging and for sure also for
someone like me who like to look pretty and young outside to declare war on the
natural aging as well, which I will go lengthy on my next post :)
p/s: reminder for me and for you.:
ALWAYS EAT BREAKFAST!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)