Saya telah menggunakan Sabun natural sejak 6 bulan yang lepas dan banyak kelebihan yang saya dapati dari menggunakan Sabun natural. Kelebihannya ialah saya tidak perlu menggunakan losyen atau pelembab badan sekerap sebelum ini kerana kulit saya tidak lagi kering dan kusam. Paling ketara ialah kulit menjadi lebih lembut dan kurangnya garis-garis penuaan.
Mengapa kulit saya secara semulajadinya jadi lembut dan tidak kering?
Sebelum ini saya gunakan mandian komersial yang penuh dengan Detergant (bahan pencuci) dan juga Surfactant (bahan bukan semulajadi yang diperolehi dari proses kimia bukan semulajadi yang memberikan buih), Pewangi sintetik dan banyak lagi bahan sintetik yang diperolehi dari proses kimia bukan semulajadi. Saya percaya ramai dari kalangan anda sukakan mandian berbuih dan wangi. Percayalah bahawa buih-buih dan wangian tersebutlah yang memudaratkan badan kita untuk jangka masa panjang.
Saya menggunakan mandian komersial bermula dari mandian ekonomi kepada mandian mewah. Mandian bertukar mengikut peningkatan ekonomi serta kesedaran tentang keselamatan penjagaan badan dan mandian :). Bermula beberapa tahun yang lepas saya mula menggunakan produk The Body Shop. Umum mengetahui yang The Body Shop melabelkan produk mereka sebagai produk natural
Tidak berpuas hati dengan The Body Shop saya bertukar kepada Crabtree and Evelyn lebih kurang 2 tahun yang lepas. Ini kerana Crabtree & Evelyn mendakwa mereka menggunakan lebih dari 160 jenis bahan botanikal semulajadi di dalam produk mereka.
Tetapi masih tidak puas hati dengan hasil produk tersebut kerana saya tidak tahu apa bahan yang digunakan dan adakah ia selamat untuk kulit saya lalu bermula setahun lepas saya bertukar kepada produk penjagaan badan dari Paris iaitu L'OCCITANE yang berteraskan bahan natural dan aromaterapi serta pembuatan tradisional.
Saya sukakan L'OCCITANE kerana mengandungi bahan natural pelembab dari Sweet Almond Oil dan juga Shea Butter dengan pewangi dari aromaterapi Essential Oil tetapi agak mahal. Saya mendapat idea untuk membuat sendiri sabun natural dari konsep produk l'occitane tetapi lebih ekonomi dan lagi bagus untuk kulit saya kerana saya boleh meletakkan sebanyak mana bahan natural yang saya mahu.
Saya mula membuat dan menggunakan Sabun natural sejak 6 bulan yang lepas. Sabun natural yang hanya saya hasilkan dengan menggunakan lemak sayuran seperti Extra Virgin Olive Oil, Shea
Butter, Minyak kelapa, Sweet Almond Oil dan Argan Oil di dalamnya dan hanya mengandungi pewangi dari natural Essential oil seperti Lavender, Rosemary, Grapefruit dan Ylang Ylang. Lemak dari minyak-minyak ini mengandungi nutrient yang diperlukan untuk menjadikan kulit saya sihat dan bermaya. Ia juga kaya dengan kandungan pelembab. Minyak-minyak inilah antara minyak utama di dalam produk L'OCCITANE tetapi saya letakkan minyak-minyak ini dalam kuantiti yang tinggi kerana inginkan kemewahan pelembab semulajadi pada kulit saya. Sudah tentunya Sabun natural saya tidak semahal Sabun L'OCCITANE kerana jenama saya hanyalah iL-Puro dan bukannya L'OCCITANE :)
Perbezaan antara Sabun Komersial dan Sabun Natural
Oleh kerana Sabun natural ini tidak mengandungi bahan sintetik seperti di atas, Sabun natural ini mengekalkan lapisan minyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh badan kita. Lapisan minyak inilah yang melindungi badan kita dari jangkitan yang disebabkan bakteria serta bahan kotoran dan juga melindungi dari kesan matahari dan juga alam sekeliling. Disebabkan Sabun komersial tidak mengandungi kandungan pelembapan yang diperlukan oleh kulit, ia gagal untuk mengekalkan kelembapan kulit kita malahan tambah mengeringkan.
Sebaliknya, Sabun natural mengandungi glycerin (bahan lembapan) yang diperolehi secara natural dari minyak sayuran yang mengekalkan kelembapan kulit sekaligus melindungi kulit.
Pentingnya Kulit pada badan kira.
Kulit adalah organ terbesar pada badan dan melindungi badan dari panas dan sejuk. Kulit adalah penghalang jangkitan bakteria dan mengekalkan air. Kulit juga kadangkala dipanggil buah pinggang kecil kerana ia membantu membuang toksin dari sistem dan membersihkan sistem limfa. Jika kulit dihujani dengan bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam Sabun komersial sudah tentu kulit tidak dapat menjalankan tugas melindungi kita dengan baik, tambahan pula dengan pencemaran alam yang begitu tinggi kini.
Oleh itu, jagalah kulit dengan sebetulnya dan bertukarlah kepada Sabun natural dan saya jamin kulit anda akan menjadi lebih mulus dan lembut serta awet muda...dan sudah tentu mengurangkan risiko ancaman kanser :))
No comments:
Post a Comment